Isnin, 4 April 2016

Laksamana Hang Tuah & Pahlawan Lagenda Berbangsa Melayu

Dato Laksamana Hang Tuah
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka, kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalangistana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.


Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang JebatHang KasturiHang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra diGunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal sepertipendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Khamis, 31 Mac 2016

Hikmah Kita Dilahirkan di Atas Dunia Adalah untuk Memperjuangkan Agama Allah & Memastikan Agama Islam Terus Dipertahankan Dipandang Mulia



                           




Perjuangan Kita 
Bukan sekedar mengejar keduniaan
Tetapi perjuangan kita adalah 
Untuk Meletakkan islam di tempat
yang sebetulnya.....

Kita dilahirkan di Atas Dunia
Adalah untuk berbuat sesuatu
Iaitu untuk Memastikan islam 
        Terus bertapak dan Dipandang Mulia ......



Sesungguhnya kita dilahirkan bermula dari sekecil Tapak tangan , kita bertatih dan diajar mengenai Dunia. Bermacam-macam Masalah dan dugaan yg kita hadapi dan justeru itu mengajar kita untuk menjadi lebih kedewasaan dan bijak mengharungi lautan samudera.

Semenjak akhir-akhir ini kita sering Menyaksikan umat islam dibantai oleh orang-orang kafir..peristiwa yang terjadi di Negara Islam di Timur Tengah membuatkan kita berfikir apakah jalan penyelesaian yang sebaiknya untuk kita lakukan memandangkan umat islam adalah merupakan saudara kita sendiri.

Tak cukup dengan hanya Memandang membuatkan bahu kita rasa terpikul dengan kesengsaraan mereka umat islam. Perseteruan antara umat islam dan kerajaan zalim rejim zionis telah lama terjadi dari generasi ke generasi. Dan apabila kita pula dilahirkan oleh Allah ke mukabumi ini peperangan antara umat islam dan orang-orang yahudi masih berlaku. Apa yang perlu kita buat..? Seandainya kita melihat orang-orang islam dipukul dan dianaiya dan kebanyakannya adalah dari golongan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Ini terkadang membuatkan kita berfikir apa yang orang-orang kafir dari suku Bani Israel telah lakukan. Apakah dosa-dosa umat islam sebenarnya..? sehingga mereka sanggup membunuh golongan lemah yang tidak berdosa. Ini sebenarnya telah dijawab oleh Nabi Muhammad s.aw. bahawa ''.orang-orang yahudi tidak akan Tunduk kepada kamu wahai ummat muhammad, melainkan kamu mengikut Agama mereka..'', sesungguhnya agama mereka adalah suatu agama yang sesat lagi menyesatkan, kita melihat mereka menceroboh ke negara-negara islam, dan membedil bom , menganaiya kanak-kanak dan wanita umat islam, memusnahkan pusat-pusat kebajikan umat islam , pusat ibadah Masjid-masjid islam dirobohkan, di hadapan kita dan ini sesungguhnya suatu perbuatan yang keji yang tidak perikemanusiaan. Mereka lebih gemar melakukan perbuatan yang jahat demi memiliki apa kemahuan mereka sahaja, dan membiarkan orang yang tidak bersalah didalam kesengsaraan dan kepayahan. Dan daripada itu umat islam yang menjadi mangsa. Seluruh Dunia hanya berdiam diri melihat kematian orang-orang islam. Semenjak akhir-akhir ini Dari sebuah negara ke sebuah Negara islam yang Mangsa peperangan.

Perjuangan Tuhan melahirkan kita diatas Dunia ini adalah kerana satu tujuan iaitu Tuhan mahu menguji hamba-hambanya.Kita dilahirkan diatas dunia adalah untuk mempertahankan agama allah supaya terus bertapak Mulia di dunia ini sehingga akhir zaman. Agama islam adalah suatu agama kebenara untuk mengajar umat-umatnya berbuat kebaikan. Berbuat kebaikan kepada manusia tidak kira apa bangsa dan keturunan dan itu menjadikan islam itu agama yang berbudi pekerti dan luhur. Peristiwa kesengsaraan umat-umat islam yang berlaku di Negara-negara Islam di Timur Tengah adalah suatu tanggungjawab yang diperlihatkan kita di dunia semasa kita masih hidup untuk kita sama-sama membantu mereka saudara mara islam kita sendiri. Tuhan mengetuk pintu hati kita orang islam untuk Membantu mereka walaupun perjuangan itu kecil. Ini kerana tuhan sudah berjanji kan memberikan kebaikan bagi sesiapa yang membantu agama Allah dan di jalan Allah .
Saudara-mara islam adalah ibarat sebuah ikatan yang tidak dapat dipisahkan apabila kita saling bantu membantu antara kita dan tidak berpecah belah itu akan membuatkan Allah suka kepada kita dan membuatkan kehidupan kita di dunia dan di Akhirat memperoleh rahmat. Selaku Ummat Nabi Muhammad adalah sebuah Tanggungjawab yang harus dipikul bersama walaupun setiap Manusia itu sudah pasti mempunyai kelemahan, tetapi alangkah indah seandainya kelemahan itu sama-sama diisi dengan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Sudah pasti Dunia ini akan lebih sempurna seandainya kebaekan dikongsi bersama.

Sementara kita hidup ini adalah menjadi suatu Tanggungjawab untuk kita membantu Agama Allah kearah Masa hadapan walaupon perjuangan itu kecil, supaya agama islam dapat terus bertapak Mulia dari generasi ke suatu generasi yang akan datang.


Ahad, 27 Mac 2016

Adakah Salasilah Keturunan Sultan Melaka itu Masih Wujud?


Adab Melayu menghormati Sultan , pantang Melayu menderhakai sultan , Daulat Diraja dibawah payung Lindungan Tuhan  itulah keistimewaan yang terdapat pada Bangsa Melayu yang mempunyai seramai 9 buah raja - raja Melayu.
Pada zaman dahulu raja dianggap sebagai sebuah kemuliaan bagi setiap suku bangsa , ini tidak terkecuali bagi bangsa Melayu. Kekuatan Melayu itu juga sedikit sebanyak terletak kepada kekuatan dan kebijaksanaan diraja mentadbir sesebuah negara . sebab itu raja dianggap sebagai sebuah kehormatan bagi sebuah bangsa. Dengan keizinan Tuhan raja - raja Melayu masih bertakhta hingga ke akhir ini walaupun dijajah dari pelbagai Empayar tetapi raja - raja Melayu masih ada bertapak dibumi Melayu ini.
Antara Negeri yang masih ditadbir oleh kerajaan raja-raja Melayu ialah Pahang , Johor , Terengganu , Kelantan , Kedah , Perlis , Perak , Selangor  dan Negeri Sembilan

Gelaran Sultan mula digunakan setelah kedatangan Mubaligh islam di Melaka , Sebelum ini gelaran Sultan dipanggil raja atau Maharaja. Namun pengaruh islam telah membawa perubahan besar keatas sistem kesultanan. Sebelum kedatangan islam sultan dianggap dewa atau anak tuhan namun selepas kedatangan islam sultan membawa tanggungjawab sebagai ketua negeri yang sama tetapi tidak dianggap dewa ia dianggap Wali Allah yang bertanggungjawab bagi menyebarkan agama islam.

Negeri Melaka yang telah memulakan dahulu sistem bagi raja-raja Melayu yang bermula dengan Parameswara yang menemui Kota Melaka yang Makmur. Parameswara duduk dibawah sebuah pokok yang rendang dan melihatkan sebuah peristiwa yang aneh bahawa seekor kijang telah mengalahkan seekor anjing belaannya. Ini membuatkan Parameswara berasa kehairanan melihat kekuatan luar biasa dari seekor kijang yang ada ditempat ini dan bertanyakan kepada hulubalang-hulubalang beliau. Tempat ini bagus untuk dijadikan pusat pemerintahan lantas diberi nama Melaka sempena nama dari sebuah pokok. Lalu bermulanya Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Namun selepas sahaja perjanjian pangkor pada tahun 1874maka sisitem ini tidak diamalkan lagi , Tetapi dalam sesebuah institusi perlembagaan negara raja merupakan kuasa tertinggi. Segala nasihat dan pandangan diambil kira termasuklah hal - hal agama islam dan istiadat Melayu.

Adakah Benar Beliau ini ada mempunyai Salasilah Keturunan Sultan Melaka..??


Tidak lama dahulu kita digemparkan dengan  seorang lelaki yang ditahan di Pulau Besar Melaka di Alai berdekatan dengan kawasan Merlimau yang mengatakan beliau adalah dari salasilah keturunan sultan Melaka yang muncul kembali dari salah sebuah keturunan Sultan Melaka yang hilang. Beliau mengisytiharkan diri beliau sebagai Raja Noor Jan Syah.

Raja Noor Jan Syah telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau telah tampil dan mengaku bahawa beliaulah waris kesultanan Melayu Melaka Darul Islam.

Tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak apa yang beliau katakan , tetapi apa yang pasti setiap benda yang berlaku pasti mempunyai asbab atau hikmahnya baru sesuatu perkara yang berlaku itu mempunyai relevannya.

Saya berpendapat benar atau tidak bahawa beliau mempunyai salasilah keturunan dari Sultan Melaka itu bukanlah sesuatu pokok untuk kita menentang habis-habisan setelah sekian lama kita tidak mempunyai sistem beraja Melaka ini. Melainkan apa yang perlu memikirkan kembali  sejauh mana kita telah pergi , adakah kita sudah cukup membantu usaha Bangsa Melayu kita yang kesusahan ditimpa permasalahan yang tidak henti-henti. Adakah kita sudah cukup bersatu..?
Sememangnya Melayu memerlukan ramai pemimpin-pemimpin yang benar lagi bijaksana.

Saya tidak pasti adakah benar beliau pemegang Amanat sebenar2nya dan merupakan salasilah Keturunan Sultan Melaka ini  Saya tidak akan menuduh dan menjatuhkan sesuatu perihal dengan awal melainkan rujukan bukti yang secukupnya , apatah lagi sudah beribu tahun kita tidak mempunyai raja.Kita tidak tahu akan sesuatu kebenaran. Biarkan Tuhan yang memnentukannya.

Tetapi alangkah bagus jika institusi diraja Melaka kembali di bumi Melaka ini kerana mengenangkan kembali kecekapan pemimpin raja Melaka pada tika itu yang mempimpin dengan bijaksana sehingga menjadi kebanggaan kegemilangan empayar kota melaka kita yang dahulunya cukup terkenal oleh pefagang- pedagang dunia. Alangkah bagusnya jika Tuhan mengembalikan semula salasilah keturunan diraja Melaka yang sebenarnya iaitu pemimpin yang berjiwa raja lagi bijaksana supaya Bumi Melaka dapat mencapai kegemilangan semula seperti zaman empayar kesultanan melayu Melaka kita yang dahulu kala. 



Sabtu, 26 Mac 2016

Makam Tun Teja: Sejarah Hikayat Tun Teja & Laksamana Hang Tuah

Gambar profil Serikandi Tun Teja 

Tun Teja Ratna Benggala, atau Tun Teja, adalah puteri tunggal Bendahara Seri Amar Diraja Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Shah, Sultan Pahang ketiga,yang sezaman dengan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke 8.
Tun Teja, yang sebenarnya telahpun ditunangkan dengan Sultan Pahang, dikatakan tersangat cantik rupa parasnya dan menjadi buah mulut para pedagang ke negeri Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja sampai ke pengetahuan Sultan Mahmud Shah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil.
Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja lantaran Tun Teja telahpun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Itu cerita dalam naskah Sejarah Melayu.
Sementara itu kisah Tun Teja turut disebut dalam naskah Hikayat Hang Tuah. Menariknya, jika naskah Hikayat Hang Tuah menceritakan Hang Tuah itulah orang yang memujuk Tun Teja lari ke Melaka, naskah Sejarah Melayu pula memperihalkan orang itu adalah Hang Nadim.
Diriwayatkan, terdahulu sebelum itu, Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka, telah diutus Sultan Melaka belayar ke India untuk membeli 40 gulung kain. Malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang dengan niat untuk bertemu dan membawa lari Tun Teja untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka sebagai ganti kegagalan misinya ke India.
Sesampainya Hang Nadim di Pahang, beliau telah mula menjalin hubungan rapat dengan kalangan orang istana supaya tiada siapa mencurigai niatnya untuk mendapatkan Tun Teja untuk dibawa lari ke negeri Melaka.
Hang Nadim akhirnya berjaya bertemu dan menjalin hubungan dengan Tun Teja. Hang Nadim telah menceritakan kepada Tun Teja tentang ketampannya rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja yang termakan pujuk itu akhirnya bersetuju untuk mengikut Hang Nadim lari pulang ke Melaka. Hang Nadim telah membuat perancangan rapi untuk melarikan Tun Teja ke Melaka yang perjalanannya memakan masa selama 40 hari.
Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap di lantai balai istana dengan tangan seolah terikat kebelakang. Melalui penggunaan kata-kata kiasan, tahulah Baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya mendapatkan Tun Teja dari negeri Pahang untuk dipersembahkan kepada Baginda. Tun Teja yang dikahwini Baginda itu telah dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.
Makam Tun Teja di Kampung Merlimau Melaka

Tun Teja diriwayatkan jatuh sakit dan mangkat ketika Sultan Mahmud Shah dan para pengiringnya bertindak lari berundur ke Muar sewaktu Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Tun Teja telah dimakamkan di Merlimau, Melaka, sekitar 24 km daripada bandar Melaka.
Berbeza dengan versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang sebelum itu telah difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri lari ke Pahang setelah dinasihati begitu oleh Bendahara Paduka Raja.
Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah terlebih dahulu membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana, ayahanda kepada Tun Teja, dan Tun Jenal, adinda Tun Teja, untuk memudahkan Hang Tuah bertemu dan menjalin pula hubungan dengan Tun Teja.
Pada mulanya Tun Teja menolak pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah. Namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu. Walhal Tun Teja Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.
Hang Tuah telah membuat perancangan rahsia untuk membawa Tun Teja lari ke Melaka melalui jalan laut. Para panglima dan hulubalang Pahang, diketuai Tun Jenal, walaubagaimanapun berjaya menghidu tindakan Hang Tuah. Malangnya, angkatan tentera Pahang terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah Hang Tuah.
Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairong seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat apabila disedarinya dia akan dipersembahkan kepada Sultan Melaka sebagai isteri, walhal tujuan kedatangannya ke Melaka adalah semata-mata kerana kasihkan Hang Tuah dan untuk mengahwini Hang Tuah.
Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka. Sementara itu Hang Tuah yang telah mendapat keampunan Sultan Melaka, telah dilantik Sultan sebagai Laksamana Melaka.
Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya itu, telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4,000 bala tentera. Beliau telah singgah di Pahang untuk terlebih dahulu mengadap Sultan Pahang.
Malang bagi Megat Panji Alam yang kemudiannya berjaya dibunuh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah setelah berjaya menghidu tindakan Megat Panji Alam untuk menyerang Melaka.
Sultan Pahang yang murka kerana kegagalan menjalin hubungan Kerajaan Pahang dengan Kerajaan Terengganu melalui pernikahan puteri negeri Pahang dengan putera negeri Terengganu, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas seluruh ahli keluarga Tun Teja.


Menyelusuri Kampung ku yang Tercinta Merlimau Melaka



Menyelusuri denai - denai perjalanan di Balik Tembok Kota Melaka. Tersembunyi sebuah tempat tersergam indah dimana tempat aku dilahirkan. Disini bermulanya sebuah kisah-kisah kehidupan yang bermula semenjak aku masih kecil hingga kedewasaan.

Diberi nama Kampung Merlimau Melaka yang terletak di bawah dari Bandar Melaka jika dilihat dikawasan Peta. Dahulunya dikenali sebagai sebuah pekan sekarang sudah diitiraf menjadi sebagai sebuah bandar yang pesat membangun, dan mempunyai ramai penduduk dari hari ke sehari.Pelbagai tinggalan Sejarah yang boleh didapati di kawasan Merlimau ini Nama Merlimau mengikut cerita orang-orang tua asalnya didapati dari sebuah nama pokok iaitu 'Pokok Lmau' yang banyak ditanam disini. Selain itu Sejarah dimana disini tempatnya Makam Tun Teja disemadikan seorang Serikandi Melayu yang terbilang Unggulnya pada zaman dahulu. Mengingatkan kita mengenai cerita Laksamana Hang Tuah yang membawa Serikandi Tun Teja menghadap Sultan Melaka.

Selain itu peninggalan Perigi Portugis yang terdapat di kawasan ini boleh dilawati. Antara perkara-perkara yang menarik lagi ialah corak-corak hiasan rumah dikawasan kampung Merlimau Melaka yang menampakkan kebudayaan orang negeri Melaka. Bentuk Tangga nya yang Melengkung ke bawah itulah keistimewaan uniknya milik rumah orang-orang Melaka :)

Kepada orang-orang luar yang melalui Kampung Merlimau Melaka ini bolehlah melawat artifak-artifak peninggalan nenek moyang yang masih ada di kampung Merlimau aku yang indah ini. :)